Lee Tuck kini bersama Sang Kenari

KDA FC sahkan Lee Tuck kini Sang Kenari. - Foto KDA FC
KDA FC sahkan Lee Tuck kini Sang Kenari. - Foto KDA FC
A
A
A

BINTANG sensasi naturalisasi negara, Lee Tuck akhirnya memilih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebagai destinasi pilihan selepas meninggalkan Sri Pahang FC.

"Selamat datang Lee Andrew Tuck ke bumi Jelapang Padi! Pemain yang diikat selama setahun bersama Sang Kenari bakal mengisi slot kuota pemain tempatan terakhir bagi pasukan Liga Super 2023.

"Musim lepas beliau mewakili Sri Pahang FC dan mula beraksi sebagai pemain tempatan dalam saingan Piala Malaysia 2022.

"Walaupun sebelum ini mengisi slot kuota import, Lee Tuck akhirnya mendapat kerakyatan secara naturalisasi Jun lalu dan baru-baru ini disenaraikan sebagai pemain Harimau Malaya bagi Piala AFF 2022," kata KDA FC dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.

Untuk rekod, Lee Tuck bukan nama asing apabila mula menempa nama di Liga Malaysia sejak musim 2017 bersama Negeri Sembilan FC sebelum menyertai Terengganu FC yang menjadi kemuncak prestasinya sebagai pemain import.

"Kehadiran Lee Tuck sudah pasti memperkukuhkan bahagian tengah Sang Kenari musim depan dan nombor 10 menjadi pilihan beliau di musim 2023," kata KDA FC.