Sila log masuk terlebih dahulu.

Ismail Sabri tak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ buat kejutan

30 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 30 DISEMBER 2022

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.

Keputusan PRU15 baru-baru ini mengubah percaturan dalaman UMNO apabila beberapa nama dikatakan bakal mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan tersebut.

Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan berkata, perkara itu dikuatkan lagi dengan tuduhan menyatakan kekalahan UMNO pada PRU15 adalah kerana presidennya.

Sebelum ini media melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Hussein dan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin disebut-sebut akan mencabar Datuk Seri Zahid bagi jawatan nombor satu UMNO.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3Q0HrKG

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian