Saizul Hafifi lepas jawatan Bungaraya 7s

Mohd Saizul Hafifi
Mohd Saizul Hafifi
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan peletakan jawatan Ketua Jurulatih Ragbi Lelaki 7 Sebelah (7s) Kebangsaan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor selepas kontraknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan badan induk ragbi negara berakhir pada 31 Disember ini.

Menurut KRM, Saizul Hafifi yang telah membimbing pasukan kebangsaan selama lapan tahun bermula 2015 secara rasminya melepaskan jawatan sebagai ketua Jurulatih ragbi lelaki 7 sebelah bagi memberi tumpuan dalam bidang pendidikan dan keluarganya.

"Beliau juga tidak menolak sekiranya khidmat beliau masih diperlukan di masa akan datang.

"KRM mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Saizul Hafifi di atas sumbangan bakti serta khidmatnya sepanjang mengendalikan pasukan ragbi lelaki 7 sebelah kebangsaan yang juga dikenali sebagai Bungaraya 7," kata badan induk ragbi negara itu pada Khamis.

Pada masa sama, KRM juga masih lagi belum memuktamadkan nama ketua jurulatih Bungaraya 7 yang baharu.

"Senarai calon -calon bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut akan diperhalusi oleh Pengarah Kejurulatihan MR bersama Pengarah Prestasi Tinggi MR sebelum keputusan dibuat," kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: