Sesi persekolahan penggal 3 bermula 1 Januari - Fadhlina

Fadhlina Sidek.
Fadhlina Sidek.
A
A
A

SHAH ALAM - Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Januari 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi ciapan di Twitternya pada Rabu.

Menurutnya, sekolah-sekolah dalam kumpulan B pula akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari.

“Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi,” katanya.

Berdasarkan infografik yang dikongsi, Kumpulan A adalah sekolah-sekolah yang berada di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi kumpulan B, sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan penangguhan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 pada 12 Mac 2023 (Kumpulan A) dan 13 Mac (Kumpulan B).

Kata KPM, ini bagi pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dapat dilaksanakan dengan lancar.

Artikel Berkaitan: