RTM siar perlawanan Piala AFF mulai hari ini - Fahmi

Fahmi - Foto Bernama
Fahmi - Foto Bernama
A
A
A

SALURAN RTM akan menyiarkan perlawanan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 mulai malam ini sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Jan depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, para peminat bola sepak boleh menyaksikan 10 perlawanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.

"Siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (FTA - free to air) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Fahmi berkata, beliau mengambil maklum bahawa ramai peminat bola sepak tanah air telah memohon agar perlawanan Piala AFF 2022 disiarkan di saluran RTM.

"Saya juga telah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut mencadangkan perkara yang sama,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: