Guru sekolah agama maut kemalangan

Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan. (Gambar kecil: Muhammad Nasuha)
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan. (Gambar kecil: Muhammad Nasuha)
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang guru agama maut dalam kemalangan di Kilometer 91.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam kejadian jam 8.35 pagi itu mangsa, Muhammad Nasuha Mustaffa, 34, menunggang motosikal bersendirian dari arah utara menghala ke Selatan.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa yang berada lorong kecemasan hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi jalan.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, mangsa berasal dari Kampung Alor Melintang Mukim Gunong, Alor Setar dan merupakan guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah.

"Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk ujian Covid-19 dan bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: