Banjir: Jumlah mangsa menurun, Sabah catat lebih 1,000 mangsa

Che Ali Che Mud, 60, memeriksa papan yang akan digunakan untuk membaiki rumahnya susulan kejadian banjir baru-baru ini ketika tinjauan Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Isnin. - Foto Bernama
Che Ali Che Mud, 60, memeriksa papan yang akan digunakan untuk membaiki rumahnya susulan kejadian banjir baru-baru ini ketika tinjauan Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima buah negeri terus mencatatkan penurunan kepada 2,655 orang melibatkan 693 keluarga setakat jam 6 pagi, Selasa.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Sabah mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi melibatkan 1,589 mangsa daripada 355 keluarga melibatkan tiga daerah.

Manakala, Kelantan mencatatkan jumlah 718 mangsa melibatkan 246 keluarga yang mana mereka ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir melibatkan 91 orang daripada 30 keluarga juga di dua daerah.

Sementara itu di Terengganu, jumlah mangsa tidak berubah sejak petang semalam iaitu 138 orang daripada 41 keluarga yang kini ditempatkan di dua PPS.

Begitu juga di Perak, tiada perubahan jumlah mangsa direkodkan apabila 62 mangsa banjir daripada 14 keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS.

Artikel Berkaitan: