Tragedi tanah runtuh: 'Terima kasih kepada semua' - Dr Zaliha

Dr Zaliha - Foto Bernama ( Gambar kecil : Tangkap layar Facebook Dr Zaliha pada Ahad.)
Dr Zaliha - Foto Bernama ( Gambar kecil : Tangkap layar Facebook Dr Zaliha pada Ahad.)
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm sejak lebih seminggu lalu yang berakhir pada Ahad.

Beliau menyatakan penghargaan berkenaan menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

"Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus sejak 16 Disember lalu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Father's Organic Farm yang berakhir hari ini.

"Setinggi penghargaan juga buat pasukan perubatan serta warga Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.

"Buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat, takziah saya ucapkan," katanya.

Dalam tragedi menyayat hati yang berlaku pada jam 2.42 pagi Jumaat itu, seramai 92 mangsa terbabit dalam insiden tanah runtuh dengan 31 disahkan terkorban manakala 60 lagi disahkan selamat.

Mayat mangsa terakhir membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: