Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu paling tinggi

Keadaan Kampung Gelang Mas di Pasir Mas, Kelantan digenangi air banjir. Foto Bernama.
Keadaan Kampung Gelang Mas di Pasir Mas, Kelantan digenangi air banjir. Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Kelantan, Terengganu dan Sarawak masih mencatat jumlah mangsa melebihi 1,000 orang, setakat jam 6 pagi ini.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 17,298 orang melibatkan 5,769 keluarga dan 15,243 mangsa di Terengganu melibatkan 4,182 keluarga.

Manakala, sejumlah 1,177 mangsa banjir di Sarawak melibatkan 296 keluarga, manakala di Sabah 618 mangsa daripada 149 keluarga.

Sehingga kini, enam negeri yang terjejas banjir iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Perak pula, merekodkan seramai 69 mangsa melibatkan 17 keluarga dan di Johor, 32 mangsa daripada 10 keluarga.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri dilihat menurun kepada 34,437 orang melibatkan 10,423 keluarga, berbanding 36,906 orang daripada 11,077 keluarga pada jam 4 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: