Malaysia-Australia erat hubungan dua hala

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Malaysia dan Australia menyatakan komitmen untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya, Anthony Albanese pada Jumaat.

“Ini merupakan interaksi pertama kami berdua sejak saya memegang tampuk pentadbiran pada bulan lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambah Anwar, Australia merupakan rakan rapat dan penting bagi negara ini.

“Pada tahun 2021, Malaysia dan Australia telah meningkatkan hubungan dua hala melalui Kerjasama Strategik kepada CSP,” ujarnya.

Selain itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan serta hubungan sesama rakyat.

“Australia merupakan rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun 2021 dengan nilai dagangan berjumlah RM52.28 bilion,” katanya.

Artikel Berkaitan: