Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Ebit Lew: Pendakwaan bantah sekat media lapor perkataan sensitif

21 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2022

Pihak pendakwaan dalam kes pendakwah terkenal, Ebit Lew atau atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim membantah permohonan daripada peguam bela untuk media melaporkan perkataan sensitif yang diberitahu dalam mahkamah sepanjang prosiding kes itu berlangsung.

Dalam hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, pihak pendakwaan berpandangan sama dengan mahkamah bahawa kes itu dibicarakan dalam mahkamah awam dan media mempunyai hak untuk melaporkannya.

Berdasarkan hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan tidak melayan permohonan perintah larangan yang dikemukakan pihak pembelaan.

Sebelum itu, peguam bela, Ram Singh yang mewakili Ebit Lew memohon mahkamah untuk mendapatkan perintah larangan terhadap media supaya tidak melaporkan kenyataan atau bukti yang sensitif dalam mahkamah.

Artikel: https://bit.ly/3jfnmnD

#BeritaSemasa #SinarHarian