McDonald’s santuni golongan memerlukan di Perlis

Seramai 250 kanak-kanak sekolah terima sumbangan Pek Kembali ke Sekolah

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (kiri) menyerahkan sumbangan makanan kepada pelajar sekolah rendah dari Perlis yang menerima Pek Kembali ke Sekolah.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (kiri) menyerahkan sumbangan makanan kepada pelajar sekolah rendah dari Perlis yang menerima Pek Kembali ke Sekolah.
A
A
A

McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), dengan kerjasama Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), meneruskan lagi komitmen kemasyarakatannya di negeri Perlis.

Seramai 250 kanak-kanak sekolah rendah daripada golongan kurang berkemampuan di negeri Perlis menerima sumbangan Pek Kembali ke Sekolah berjumlah RM250,000 daripada McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia, melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan termasuk anak yatim dan golongan asnaf adalah satu kewajipan bagi mereka yang berkemampuan termasuk syarikat korporat terkemuka McDonald’s Malaysia dan organisasi bukan berasaskan keuntungan seperti RMHC Malaysia.

“Ini bukanlah kali pertama beta bersama McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia mendekati warga Perlis yang memerlukan, malah ia sudah menjadi satu acara masyarakat yang beta akan turut serta setiap kali mereka menyampaikan hasrat untuk berkunjung ke negeri Perlis.

“Besar harapan beta agar hubungan baik yang terjalin ini dapat dikekalkan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra semasa menyampaikan ‘Program Kayuhan dan Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah’ di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis, dekat sini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut bergambar bersama pengurusan McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia.
Tuanku Syed Faizuddin Putra turut bergambar bersama pengurusan McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khali turut berangkat ke program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Bantuan suntik semangat

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, program tersebut dilakukan dengan kerjasama Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Beliau yang juga Presiden RMHC Malaysia berkata, setiap Pek Kembali ke Sekolah yang diagihkan mengandungi set alat tulis, buku-buku latihan dan botol air bagi meringankan beban keluarga dari segi perbelanjaan persekolahan, sekali gus menyuntik semangat pelajar untuk memulakan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar bersama pelajar sekolah rendah dari Perlis yang menerima sumbangan berkenaan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar bersama pelajar sekolah rendah dari Perlis yang menerima sumbangan berkenaan.

Dalam pada itu, McDonald’s dan RMHC juga menghulurkan sumbangan set kelengkapan bilik tidur seperti tilam, bantal, dan cadar baharu bernilai RM15,000 kepada Teratak Rahmat, Persatuan Al Islah Perlis bagi membolehkan keperluan anak-anak yatim di pusat kebajikan ini dinaiktaraf demi keselesaan mereka.

“Negeri Perlis sudah menjadi satu lokasi yang wajib dikunjungi oleh kami pada setiap hujung tahun, berikutan hubungan baik yang telah terbina sejak sekian lama.

“Inisiatif sebegini merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan pilihan kami iaitu RMHC Malaysia.

“Sebagai sebuah syarikat korporat terkemuka, kami ingin terus mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi komuniti di sekitar lokasi operasi kami,” katanya yang turut mengambil bahagian dalam Program Kayuhan MAIPs Peduli bersama Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Yang Dipertua MAIPs.

Azmir juga berkata, Program Kayuhan MAIPs Peduli ini pula merupakan kali keenam pihak McDonald’s menyertai program seumpama itu bersama Raja Muda Perlis.

“McDonald’s juga telah menunaikan zakat korporat sebanyak RM100,000 kepada MAIPs bagi tahun 2022 untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

“Termasuk program yang diadakan ini, secara keseluruhannya McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyumbang RM365,000 bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri Perlis,” ujar beliau.