FGV sumbang RM5 juta kepada Nadma

Armizan (dua dari kiri) menerima replika cek sumbangan FGV daripada Dzulkifli pada majlis penyerahan sumbangan tersebut pada Selasa.
Armizan (dua dari kiri) menerima replika cek sumbangan FGV daripada Dzulkifli pada majlis penyerahan sumbangan tersebut pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Berhad menyalurkan sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sumbangan yang disalurkan menerusi Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

"Nadma turut mengalu-alukan semua pihak tidak kira badan korporat, badan bukan kerajaan (NGO) atau orang persendirian untuk tampil menyalurkan sumbangan kepada kerajaan atau secara langsung kepada mangsa yang terkesan," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan FGV di Bangunan Parlimen pada Selasa.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengerusi FGV, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Dalam pada itu Armizan memaklumkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini berada di Besut, Terengganu bagi memantau situasi banjir di negeri itu.

"Keadaan banjir di seluruh negara hari ini adalah tahap dua, merujuk kepada (operasi) kawalan dan kawal selia diperingkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri masing-masing.

"Di peringkat Pusat pula, kita telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diselaraskan oleh Nadma, melibatkan pelbagai agensi yang beroperasi 24 jam sehari sejak 18 Disember lalu sebagai respon kepada ramalan luruan kedua Monsun Timur Laut," jelasnya.

Artikel Berkaitan: