Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor sehingga Khamis

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan hujan sangat lebat berterusan (peringkat bahaya) dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan (peringkat buruk) di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Hujan berterusan peringkat waspada diramal berlaku di Gua Musang, Kelantan; Jerantut dan Maran di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah pada 23 hingga 24 Disember ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: