DBKL beri amaran kepada 'penjaja rambo'

DBKL mengambil tindakan sita terhadap seorang penjaja air kerana menjaja di Dataran Merdeka pada malam Isnin.
DBKL mengambil tindakan sita terhadap seorang penjaja air kerana menjaja di Dataran Merdeka pada malam Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana 'penjaja rambo' yang masih berdegil terutama di sekitar Dataran Merdeka.

DBKL menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi sebarang aktiviti penjajaan.

Menurutnya, keadaan itu bertujuan untuk memastikan kawasan Dataran Merdeka sentiasa terkawal dari aspek kebersihannya.

"Tindakan diambil kerana kawasan Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja kecuali kepada kendera saji atau food truck di kawasan yang telah disediakan," kata DBKL pada Selasa.

Pada Isnin, DBKL telah mengambil tindakan sita terhadap seorang penjaja air pada lewat malam semalam selepas didapati menjalankan perniagaan di kawasan Dataran Merdeka.

Tindakan penguatkuasaan berkenaan dilaksanakan mengikut bidang kuasa, peruntukan undang-undang dan SOP DBKL di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Artikel Berkaitan: