Jumlah mangsa banjir terus meningkat

Situasi banjir yang melanda lima negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa di seluruh negara terus mencatat peningkatan. - Foto Bernama.
Situasi banjir yang melanda lima negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa di seluruh negara terus mencatat peningkatan. - Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Situasi banjir yang melanda lima negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa di seluruh negara terus mencatat peningkatan dalam tempoh empat jam daripada 28,686 orang kepada 35,917 setakat jam 4 petang Isnin.

Jumlah tersebut melibatkan 10,342 ketua isi keluarga yang direkodkan berada di 363 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), empat negeri menunjukkan peningkatan jumlah mangsa iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perak manakala Johor tidak berubah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun dijangka berterusan sehingga 25 Disember 2022.

Setakat semalam terdapat tiga kemas kini amaran hujan berterusan (bahaya) iaitu pada jam 6.35 pagi, 12.30 tengah hari serta 10 malam.

Dalam pada itu, empat amaran ribut petir dikeluarkan di pantai barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Berdasarkan maklumat semasa, amaran siri ke-7 yang sedang berkuat kuasa itu mencapai puncak pada 18 Disember 2022 dan cerapan di stesen utama di Kota Bharu mencatatkan bacaan hujan hampir 450 milimeter (mm) sehari.

Hujan berterusan dijangka masih berlaku di timur dan utara Semenanjung manakala hujan lebat tertumpu di Pahang dan Johor pada 21 dan 22 Disember 2022.

Artikel Berkaitan: