Sila log masuk terlebih dahulu.

Dikecam tak bantu mangsa banjir, Abang Viva luah perasaan

19 Disember 2022 | TikTok
A
A
A
BERITA SEMASA 19 DISEMBER 2022

Netizen kecoh katanya Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar tak datang bantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.

Malah, ada yang tuduh Abang Viva kononnya baru-baru ini mengungkit ketika beliau membuat 'live' secara langsung di sosial media mengenai pengeluaran modal peribadi mahu bergerak ke negeri terjejas banjir.

Namun, tegasnya beliau hanya seorang sukarelawan tanpa dibayar dan diharap orang ramai memahami keadaan itu.

Semalam, sukarelawan bencana atau lebih dikenali sebagai Abang Viva itu bergerak menyertai misi bencana banjir ke negeri di pantai timur dengan menaiki pacuan empat roda.

Muzik: Artlist.co

Artikel: https://bit.ly/3PAyqb8

#BuletinTikTok #SinarHarian