Banjir: HTA Pasir Puteh pindahkan 40 pesakit

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 40 pesakit Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh, Kelantan dipindahkan ke hospital terdekat sebagai langkah keselamatan susulan cuaca tidak menentu dan bencana banjir yang sedang berlaku di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebahagian daripada pesakit turut ditempatkan di asrama HTA.

"Perbincangan di peringkat negeri bersama Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin telah bersetuju untuk memindahkan pesakit HTA pada hari ini," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap hospital yang terjejas akibat bencana banjir.

Menurutnya, Bilik Gerakan Negeri Kelantan memaklumkan bahawa banjir semakin surut di HTA.

"Bekalan elektrik di HTA masih boleh digunakan dan beroperasi," katanya.

HTA Pasir Puteh mula dinaiki air pada malam Ahad akibat hujan lebat berterusan dan dikatakan turut menjejaskan bangunan yang menempatkan unit kecemasan, farmasi serta wad pesakit.

Bagaimanapun, Bilik Gerakan Negeri Kelantan memaklumkan bahawa air semakin surut di HTA dan bekalan elektrik di HTA masih boleh digunakan dan beroperasi.

Artikel Berkaitan: