[VIDEO] Johari dipilih Speaker Dewan Rakyat baharu

Johari
Johari
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat yang baharu pada Isnin.

Johari memperoleh 147 undi setelah undian secara bersurat dibuat.

Sementara itu, calon mewakili blok pembangkang, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad pula memperoleh 74 undi.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin sebelum itu memaklumkan dua cadangan nama tersebut yang masing-masing dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 5 Disember lalu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mencadangkan Johari mewakili kerajaan dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mencadangkan bekas Menteri Dalam Negeri, Radzi mewakili blok mereka dan disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sinar Harian pada 2 Disember lalu melaporkan Azhar mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat berkuat kuasa tengah malam pada 18 Disember.

Ketika ini sedang berlangsung majlis angkat sumpah 222 ahli Dewan Rakyat, sebelum diteruskan dengan memilih Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: