1 maut, 26 cedera tangki minyak terbakar di Afghanistan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

CHARIKAR - Seorang maut manakala 26 lagi cedera apabila sebuah lori minyak dilaporkan terbakar ketika melalui terowong di wilayah Parwan timur pada Sabtu, kata jurucakap pentadbiran wilayah, Hekmatullah Shamim pada Ahad.

"Insiden ngeri itu berlaku di dalam terowong Salang sekitar 9 malam waktu tempatan pada Sabtu," kata Shamim kepada Xinhua.

Terowong Salang sepanjang 2.67 kilometer itu menghubungkan Kabul dan lapan wilayah di utara.

Api berjaya dipadamkan dan operasi menyelamat diteruskan bagi mengesan mangsa yang dikhuatiri masih berada di lokasi berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: