Maritim Malaysia Perak pindahkan mayat kru kapal warga Rusia

Maritim Malaysia membantu membawa mayat seorang kru kapal kargo warga Rusia berhampiran Pulau Pangkor, Lumut pada Jumaat.
Maritim Malaysia membantu membawa mayat seorang kru kapal kargo warga Rusia berhampiran Pulau Pangkor, Lumut pada Jumaat.
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak melaksanakan khidmat ‘medical evacuation’ (medevac) bagi membawa mayat seorang kru kapal kargo warga Rusia, pada kedudukan 0.9 batu nautika selatan dekat Pulau Pangkor, di sini kira-kira pukul 9 malam Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, kapal kargo yang berpusat di Panama itu dilaporkan dalam pelayaran menuju ke Phuket, Thailand.

"Menurut laporan awal yang diterima daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) pada 4.55 petang Jumaat, lokasi kapal MV One Destiny itu berada pada kedudukan 30 batu nautika selatan Pulau Pangkor.

"Mangsa, Biriulin Mikhail, 52, yang mengalami pendarahan serius di kepala dipercayai telah meninggal dunia di atas kapal ketika berada di perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Sabtu.

Mohd. Hambali berkata, mayat mangsa selamat didaratkan di Jeti Perikanan Kampung Acheh di sini pada 10 malam.

Menurutnya mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Seri Manjung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Orang ramai boleh melaporkan sebarang maklumat dan insiden kecemasan di laut ke MERS 999 atau hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk maklum balas segera. - Bernama

Artikel Berkaitan: