Finaz Yunus sebak ketika mengacara

Finaz sebak ketika mengendalikan program 'Di Sebalik Isu bersama FY' apabila pendakwah dan institusi agama diserang hebat berkaitan isu LGBT).
Finaz sebak ketika mengendalikan program 'Di Sebalik Isu bersama FY' apabila pendakwah dan institusi agama diserang hebat berkaitan isu LGBT).
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Moderator program Di Sebalik Isu bersama FY sebak ketika mengendalikan program apabila pendakwah dan institusi agama diserang hebat berkaitan isu komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Finaz Yunus kelihatan sedikit beremosi selepas Profesor dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga, UITM, Profesor Dr Anis Safura Ramli memberi pandangan adalah tidak wajar penyokong ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) melontarkan tohmahan kepada ahli agamawan hanya kerana mereka ingin menjayakan perubahan gaya hidup golongan LGBT.

Ketika mengulas, beliau melahirkan kekecewaan apabila merasakan sudut pandangan Islam diketepikan bagi menyelesaikan masalah pada masa kini.

"Saya minta maaf kerana sedikit beremosi, pada ketika ini pendakwah dan institusi keagamaan diserang hebat saat mereka cuba menerapkan masyarakat dengan nilai moral dan akhlak yang baik.

"Sangat sedih dengan keadaan sekarang," ujarnya ketika menjadi moderator program yang bertajuk PrEP Buat Komuniti Songsang Lega @ Bencana?

Program satu jam ini disiarkan di platform Sinar Harian pada Jumaat.

Antara panelis yang terlibat ialah Profesor dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga, UITM, Profesor Dr Anis Safura Ramli; Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi dan Gender Dysphoria Flagship Leader, Kuliah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa, Professor Dr Samsul Draman.

Sementara itu, jemputan juga telah dipanjangkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), namun tidak dapat hadir.

Artikel Berkaitan:

Turut cuba dihubungi, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman namun gagal dihubungi.