Perancis enggan beri peluang Messi julang Piala Dunia

Dembele (kanan) dan Kylian Mbappe ketika sesi latihan pasukan.
Dembele (kanan) dan Kylian Mbappe ketika sesi latihan pasukan.
A
A
A

PERANCIS tidak akan memberikan peluang kepada Argentina dan Lionel Messi menjulang Piala Dunia apabila dalam pertemuan kedua-dua pasukan di perlawanan akhir pada Ahad.

Pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele menegaskan pasukan Les Blues itu mahu mempertahankan trofi yang dimenangi mereka pada 2018 itu.

Malah, Perancis tidak akan bersimpati terhadap Lionel Messi walaupun perlawanan akhir pada Ahad adalah peluang terakhir buat bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu untuk memenangi Piala Dunia.

"Messi adalah seorang yang baik dan saya mempunyai pengalaman baik dengannya dan saya gembira dapat bermain bersamanya di Barcelona.

"Saya fikir semua orang mahu menang Piala Dunia. Memang benar Messi masih belum menang trofi tersebut, tetapi kami di sini untuk mewakili negara.

"Ia akan menjadi satu perlawanan yang besar dan saya harap Perancis akan menang. Kami adalah Perancis, kami berjuang untuk negara kami, pasukan kami, untuk melengkapkan tugas selepas apa yang kami lakukan untuk layak ke sini," katanya.

Dalam pada itu, Dembele juga mengakui Perancis mempunyai pengalaman yang lebih baik berbanding Argentina terutama dalam perlawanan akhir.

"Mungkin kali ini lebih ramai pemain dengan semangat yang 'gila'. Tetapi, ia satu suasana yang hebat dan saya tidak boleh membandingkannya. 2018 adalah kali pertama kami menang Piala Dunia selepas 20 tahun dan perasaan itu tidak sama.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan kali ini lebih tenang dan kami akan melakukan persediaan rapi untuk mengharunginya. Ia tidak mudah untuk menewaskan Argentina.

"Mereka pasukan yang bagus, tetapi kami akan hadir dalam perlawanan ini berdasarkan pengalaman," katanya.