'Aaisyah sibuk bergosip dengan bakal kakak-kakak ipar'

 Pelakon, Che Ta
Pelakon, Che Ta
A
A
A

PELAKON, Rozita Che Wan menitipkan doa di akaun Instagram kepada anak lelaki keduanya, Aniq yang meraikan hari lahir ke-20, semalam.

Tulis Che Ta pada entri itu berharapkan semoga hidup Aniq dalam rahmat ALLAH.

"Aniq sekarang sudah 20 tahun. Sudah besar panjang. Mummy doakan setiap langkah perjalanan hidup Aniq sentiasa dirahmati ALLAH, amin," coret Che Ta.

Menarik pada perkongsian seterusnya, Che Ta berseloroh, anak bongsunya iaitu Aaisyah kononnya sedang bergosip dengan calon kakak ipar.

"Aniq dah 20 tahun ini, Aaisyah sibuk bergosip dengan bakal kakak-kakak ipar," kata Che Ta di IG.

Di ruangan komen, rata-rata bertanya di mana agaknya kelibat si kecil cantik itu. Ini kerana Aaisyah atau Ecah selalu sahaja ada pada foto keluarga.

Artikel Berkaitan: