Lelaki hina Agong lantik PM, direman tiga hari

Seorang lelakidireman tiga hari bermula Jumaat berhubung suatu kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Seorang lelakidireman tiga hari bermula Jumaat berhubung suatu kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 33 tahun direman tiga hari bermula Jumaat berhubung suatu kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, berkaitan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan media, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kenyataan itu telah dimuat naik melalui akaun Facebook 'As bul'.

Menurutnya, siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Susulan itu, beliau berkata, lelaki terbabit ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

"Turut dirampas daripada suspek ialah satu telefon bimbit termasuk kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran itu.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai, supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakannya untuk membangkitkan kebencian yang boleh menggugat keharmonian negara, terutama melibatkan isu pemerintah, agama dan kaum.

Menurutnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

Artikel Berkaitan: