Sila log masuk terlebih dahulu.

Sokong Kerajaan Perpaduan: Empat gabungan politik meterai MoU

16 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 DISEMBER

Empat gabungan politik menyatakan komitmen mereka menyokong Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelakkan ketidaktentuan politik pada masa depan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqairah Tuan Muhamad dan Nazrin Zulkafli.

Perkara itu dimeterai melalui MoU Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan di bangunan Perdana Putra, jam 3.15 petang, sebentar tadi.

MoU itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung gabungan politik iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, PH, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, BN, Datuk Loretto S Padua Jr, Warisan, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, GPS dan Datuk Seri Marsidi Manjun dari GRS.

Perjanjian kerjasama itu turut ditandatangani oleh ketua gabungan iaitu Anwar, PH, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi, GRS, Datuk Seri Hajiji Noor.

Artikel: https://bit.ly/3V16uhB

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian