Tragedi tanah runtuh: Pandang serius amaran cuaca

Fahmi Fadzil - Foto Bernama
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Orang ramai dinasihati agar peka dan memandang serius mengenai amaran cuaca yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKD), Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

"Apa yang berlaku tapak perkhemahan merupakan suatu yang menyedihkan.

"Saya harap semua pandang serius amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)," katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Amanat Menteri KKD di sini pada Jumaat.

Menurutnya, kementerian akan meneliti bagaimana sistem amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dapat dipanjangkan kepada aktiviti berisiko.

"Saya telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sama ada kita boleh tingkatkan sistem amaran di kawasan panas," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai insiden tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali awal pagi Jumaat.

Setakat jam 11 pagi Jumaat, seramai 13 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya itu.

Artikel Berkaitan: