Perjanjian Kerajaan Perpaduan jadi tumpuan hari ini

SHAH ALAM - Perjanjian yang bakal dimeterai parti-parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan dijadual berlangsung hari ini bakal menjadi tumpuan menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin ini.
Perkembangan itu dilihat positif dalam usaha mengelakkan wujud konflik baharu ketika ramai pihak mengharapkan keabsahan Anwar sebagai perdana menteri berjalan lancar dengan mendapat sokongan dua pertiga ahli Parlimen menerusi usul undi percaya dalam sidang khas tersebut.
Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof dilapor berkata, perjanjian itu melibatkan semua parti politik yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan perbincangan awal mengenai perjanjian berkenaan juga telah dipersetujui.
Fadillah menjelaskan, antara fokus yang menjadi keutamaan dalam perjanjian tersebut adalah berkaitan kos sara hidup.