Kem motivasi kasari murid: Polis panggil 16 individu

A A Anbalagan
A A Anbalagan
A
A
A

SERDANG - Seramai 16 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian murid sekolah dikasari semasa menyertai sebuah kem motivasi di sini baru-baru ini

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, individu yang dipanggil terdiri daripada 10 murid, tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan kem terbabit dan tiga wakil pihak sekolah berkenaan.

"Kertas siasatan berhubung kes itu sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa lalu untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas lawatan di Pusat Jagaan Rumah Juara, di sini pada Khamis.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan sekitar 60 murid tahun lima yang menghadiri kem dua hari dikendalikan NGO berkenaan pulang ke rumah dalam keadaan lemah dan menangis selepas menyertai kem motivasi terbabit.

Peserta kem mendakwa fasilitator berkenaan melakukan kekasaran dengan mencekik dan menolak ke dinding serta dipukul dengan penyapu.

Anbalagan berkata, pihaknya menerima empat laporan daripada ibu bapa mangsa berhubung kejadian berkenaan 5 Disember lalu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan: