Penyokong Argentina berpesta di Buenos Aires

Penyokong Argentina meraikan kemenangan pasukan mereka ketika menonton aksi separuh akhir Qatar 2022 di Buenos Aires. - Foto EPA
Penyokong Argentina meraikan kemenangan pasukan mereka ketika menonton aksi separuh akhir Qatar 2022 di Buenos Aires. - Foto EPA
A
A
A

BERIBU-RIBU rakyat Argentina memenuhi jalan di tengah Buenos Aires dengan sepanduk biru putih selepas menyaksikan Lionel Messi membawa La Albiceleste mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 setelah menewaskan Croatia 3-0 pada awal pagi Rabu.

Orang ramai sebelum itu memenuhi sekitar Obelisco di tengah-tengah ibu kota yang riuh selepas Messi meletakkan pasukan Amerika Selatan di depan hasil sepakan penalti sebelum Julian Alvarez menjaringkan dua lagi gol.

Kemenangan tersebut membolehkan Argentina beraksi di pentas perlawanan akhir, yang boleh menyaksikan negara itu memenangi Piala Dunia pertamanya sejak Diego Maradona mengetuai Albiceleste meraih kemenangan edisi Mexico 1986.

“Saya teruja kerana perlawanan akhir adalah yang terbaik. Kami tidak boleh berharap lebih.

“Ia satu perasaan yang luar biasa sebagai rakyat Argentina. Lihat sahaja kegembiraan dalam kalangan peminat sukan nombor satu negara ini,” kata peminat Mauricio Gasandrea ketika meraikannya di Buenos Aires.

Kejayaan juara dunia dua kali itu mara ke final menyaksikan penyokong meraikan di perhentian bas, tiang lampu jalan dan arca, dengan beberapa gendang dibunyikan dan hon yang berbunyi.

“Ia menakjubkan, ia adalah kegembiraan amat besar. Bagi semua rakyat Argentina, ia adalah unik yang tidak dapat dijelaskan,” kata Angeles, seorang lagi penyokong.

Artikel Berkaitan: