Saintis hidupkan semula virus zombi usia 48,000 tahun

Virus zombi yang ditemui dalam kawasan sejuk di Siberia. - Agensi
Virus zombi yang ditemui dalam kawasan sejuk di Siberia. - Agensi
A
A
A

MOSCOW - Saintis dari Eropah telah menghidupkan semula 'virus zombi' berusia 48,000 tahun yang tertimbus di ibun abadi atau permafros Siberia, lapor portal Mirror.

Tindakan tersebut sekali gus mencetuskan panik warga maya, sebilangan mereka bimbang ia mungkin membawa kepada wabak zombi seperti dalam filem.

Bagaimanapun, virus tersebut disifatkan tidak membahayakan manusia tetapi memberi kesan kepada ameba (haiwan peringkat rendah) dan mungkin membawa kepada keputusan yang teruk.

Virus yang diekstrak daripada permafrost di kawasan sangat sejuk di mana ais kekal lebih dua tahun.

Di dalam permafrost adalah jisim biodiversiti yang mana manusia masih perlu mempelajari mengenai mikrob yang dikenali sebagai extremophiles.

Difahamkan ia mampu hidup walaupun keadaan paling sukar, seperti terperangkap dalam permafrost lebih ribuan tahun sehingga mendorong penyelidikan dijalankan saintis Eropah.

Namun, penemuan tersebut membimbangkan orang ramai mengenai kesan virus yang dihidupkan semula mungkin membahayakan kesihatan awam dan menimbulkan ancaman kepada manusia,

Orang ramai lantang bersuara mengenainya di dalam talian sehingga menimbulkan satu siri kebimbangan yang boleh difahami mengenai virus tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dalam ciapan yang ditanda 1,000 suka mempersoalkan bagaimana virus zombi tertimbus dalam tasik beku.

"Dan mengapa mereka menggalinya? Itu tidak masuk akal," katanya. - AFP