158 peserta meriahkan Peraduan TS Hino Malaysia

Antara peserta yang diumumkan sebagai pemenang pada peraduan TS Hino Malaysia
Antara peserta yang diumumkan sebagai pemenang pada peraduan TS Hino Malaysia
A
A
A

HINO Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (Hino Malaysia) baru-baru ini menganjurkan acara tahunan Peraduan Total Support (TS) melibatkan 158 peserta daripada 26 syarikat pengedar yang sah.

Peraduan bagi edisi kelapan itu bertujuan memupuk kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan pengedar di samping mempertingkatkan mutu khidmat pelanggan serta kepakaran teknikal.

Menerusi peraduan berkenaan, semua peserta dikehendaki mempamerkan kemahiran terbaik memimpin organisasi menerusi empat kategori iaitu perkhidmatan, jualan, alat ganti dan operasi kejayaan pelanggan (CSO) termasuk teori serta praktikal amalan.

Bagi kategori jualan, semua peserta dinilai berdasarkan kemahiran mempromosi dan mengesyorkan produk terbaik yang bersesuaian dengan pelanggan.

Kategori perkhidmatan pula, peserta dinilai berdasarkan kemahiran dan pengetahuan mengenai aspek penyelenggaraan kenderaan, penyelesaian mekanikal serta kemahiran dalam bidang elektrik.

Penilaian turut dikira mengikut kemahiran peserta mengenal pasti masalah yang dihadapi pelanggan, mengendalikan aduan, mengesyorkan perkhidmatan dan alat ganti yang sesuai, panggilan susulan bagi perkhidmatan seterusnya serta menasihati pelanggan mengenai kenderaan.

Antara kenderaan keluaran Hino
Antara kenderaan keluaran Hino

Dalam pada itu, peserta bagi kategori bahagian pula dinilai berdasarkan pengetahuan mengenal pasti dan membandingkan antara alat ganti tulen Hino dan yang tidak dibenarkan di pasaran.

Artikel Berkaitan:

Mereka turut diuji menggunakan katalog bahagian elektronik (EPC) bagi melihat kepantasan dan ketepatan dalam menentukan bahagian yang betul untuk kenderaan.

Peserta bagi katerogi CSO pula diberi tugasan peranan tentang cara mengendalikan pelanggan dengan soalan mengenai produk Hino.

Johan bagi setiap kategori yang dipertandingkan akan dibawa menyertai lawatan ke Hino Motors Limited Japan pada tahun hadapan manakala pemenang hadiah utama iaitu 3S akan membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM3,000.