KK Super Mart tawar promosi menarik bermula 5 Disember

KK Super Mart menawarkan promosi harga yang menarik melibatkan sebanyak 30 barangan terpilih di semua cawawangannya di seluruh negara.
KK Super Mart menawarkan promosi harga yang menarik melibatkan sebanyak 30 barangan terpilih di semua cawawangannya di seluruh negara.
A
A
A

KK Super Mart menawarkan promosi menarik di semua cawangannya di seluruh negara bermula 5 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023 sempena sambutan Hari Krismas 2022 dan sambutan Tahun Baharu 2023.

Pengurus Besar Syarikat, Tee Kok Hiem berkata, sebanyak 30 produk dengan harga yang menarik antaranya adalah seperti snek kentang, coklat, makanan ringan, minuman, makanan kucing dan barang keperluan harian.

“Pelanggan boleh menikmati tawaran hebat ini bersama rakan, keluarga, dan insan tersayang terutama ketika musim Piala Dunia FIFA 2022 yang akan beralih ke pentas separuh akhir dan akhir tidak lama lagi.

“Promosi ini bertujuan memenuhi keperluan kepada mereka yang meraikan, untuk memastikan para pelanggan kami memanfaatkan ringgit mereka dan mendapat keuntungan dengan setiap pembelian," katanya dalam satu kenyataan.

Kini KK Super Mart sedang menganjurkan Kempen 'Beli Lebih, Menang Lebih' bersempena dengan Kempen Beli Barangan Malaysia dengan setiap pembelian RM30 dan ke atas (termasuk barangan buatan Malaysia).

Kempen itu dijalankan sehingga 18 Januari 2023 dan pelanggan layak memenangi baucar tunai bernilai RM100.

Artikel Berkaitan: