Dua lelaki maut selepas kenderaan terbabas

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di LDP pada Selasa.
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di LDP pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua lelaki maut akibat tersepit dalam sebuah kereta selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada jam 4.30 pagi.

"Kita mendapati kedua-dua mangsa berusia 21 tahun tersepit dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong telah mengeluarkan kedua-dua mangsa itu dengan menggunakan peralatan khas.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Keadaan kereta dipandu seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh.
Keadaan kereta dipandu seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh.

Dalam kes berasingan, Norazam berkata, seorang lelaki cedera selepas kereta jenis Proton Satria yang dipandunya melanggar tiang telefon di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh, pada hari sama.

"Seramai tujuh anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah pergi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Norazam berkata, pihaknya mendapati mangsa berusia 30-an itu cedera di muka.

"Mangsa yang berjaya dikeluarkan itu telah diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut," ujarnya.