Amaran banjir kilat di enam negeri dalam tempoh 24 jam

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam, di beberapa daerah di enam negeri, sekiranya hujan lebat atau ribut petir berterusan.

JPS menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, notis kesiapsiagaan dikeluarkan pada jam 3.45 petang itu bagi membolehkan semua penduduk, terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat dalam tempoh berkenaan.

Dalam notis berkenaan, enam negeri yang mungkin berlaku banjir kilat ialah di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.

Menerusi notis yang dikeluarkan itu, terdapat empat daerah di Selangor diramalkan akan berlaku banjir kilat, iaitu Sepang (mukim Dengkil), Klang (Pandamaran, Pekan Kapar), Kuala Langat (pekan Jenjarom, mukim Kelanang, Tanjung Dua Belas), Petaling (pekan Serdang, Batu Tiga, Shah Alam) dan kawasan sekitarnya.

Lokasi 'hotspot' yang berisiko banjir kilat.
Lokasi 'hotspot' yang berisiko banjir kilat.

Bagi negeri Perak pula membabitkan daerah Larut Matang dan Selama (mukim Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aor, Jebong, Asam Kumbang) dan Kerian (Gunung Semanggol, Bagan Serai, Beriah, Kuala Kurau, Parit Buntar)

Dua daerah di Terengganu iaitu Marang (Bukit Payung), daerah Kuala Terengganu membabitkan Cenering dan Batu Buruk.

Di Pulau Pinang membabitkan daerah Seberang Perai Selatan iaitu bandar Nibong Tebal, mukim 1, mukim 7, mukim 11 serta kawasan sekitarnya.

Artikel Berkaitan:

Terakhir ialah di Pahang dengan daerah Kuantan, bandar Kuantan, mukim Pulau Manis, Kuala Kuantan dan Sungai Karang.