Scaloni, van Gaal sama handal

Scaloni, Van Gaal. - Foto EPA
Scaloni, Van Gaal. - Foto EPA
A
A
A

PERCATURAN menarik antara jurulatih veteran, Louis van Gaal yang membimbing Belanda dan pengendali muda, Lionel Scaloni yang mengemudi Argentina pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 pada Sabtu.

Scaloni adalah pengendali termuda di Qatar, namun dengan usia 44 tahun dia tekad membuktikan kekurangan pengalaman bukan penghalang buat Argentina mengalahkan Belanda.

Van Gaal juga merupakan idolanya ketika Scaloni menjadi pemain.

"Saya beraksi di Deportivo La Caruna ketika van Gaal menjadi jurulatih Barcelona dan dia dikenali ramai.

"Saya bangga dapat menentangnya, semua orang tahu apa yang dilakukannya untuk bola sepak," katanya.

Scaloni merujuk kepada van Gaal yang berusia 71 tahun - jurulatih paling tua di Qatar.

Cetek pengalaman sebagai ketua jurulatih di peringkat senior, Scaloni bermula sebagai pengendali sementara menggantikan Jorge Sampaoli dan kemudian diberikan kontrak kekal sehingga 2026.

Selain perlu menepis kritikan yang meragui kelayakannya, Scaloni juga perlu mendapat keyakinan pemain.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian membalasnya dengan membantu Argentina menamatkan kemarau 28 tahun gelaran Copa America 2021 selepas menewaskan tuan rumah Brazil 1-0.

Scaloni melakar kejayaan yang gagal dicapai Daniel Passarella, Marcelo Bielsa, Alejandro Sabella dan Gerardo selepas dua tahun mengendalikan skuad Argentina.

"Pada mulanya kami salah faham.

"Scaloni kini meyakinkan kami dalam apa sahaja," ujar pemain tengah, Rodrigo De Paul mengimbas kejayaan Argentina merangkul trofi Copa Amerika.