Kawalan sempadan sentiasa dipertingkatkan

Datuk Surina Saad
Datuk Surina Saad
A
A
A

KANGAR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan di sempadan melibatkan negeri ini memastikan keselamatan terus kekal terjamin susulan kejadian pengeboman yang berlaku di Sadao, Songkhla, pada Selasa.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, kawalan keselamatan turut melibatkan penugasan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan di negeri ini.

"Terdapat tiga SJR yang kekal dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) melibatkan Wang Kelian, Padang Besar dan Chuping dan bagi SJR yang lain dijalankan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

"Selain itu, kawalan di sepanjang sempadan negeri ini turut diketatkan yang mana penugasan melibatkan anggota dan pegawai PGA," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, masyarakat dinasihati supaya berhati-hati apabila berkunjung ke tempat yang berkonflik.

Pada Sabtu, tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup pagi ini berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api dibom di Sadao, Songkhla.

Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat Mej Jen Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja SRT meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Artikel Berkaitan: