Ronaldo merajuk disisihkan Portugal

 Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo dilihat kecewa dan tidak bersama rakan-rakan meraikan kejayaan Portugal membelasah Switzerland 6-1 dalam aksi 16 pusingan terbaik Piala Dunia Qatar pada Selasa.

Ronaldo dilihat meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan ketika pemain lain masih lagi bergembira dengan kejayaan Portugal mara ke peringkat suku akhir itu.

Kapten Portugal itu tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan selepas digugurkan oleh pengendali, Fernando Santos.

Santos tidak menyukai sikap Ronaldo yang tidak berpuas hati ketika digantikan semasa menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Jumaat lalu.

Ketiadaan Ronaldo dalam kesebelasan utama pasukan tidak mengundang masalah kepada Portugal apabila pasukan Eropah itu tampil cemerlang selain pemain muda, Goncalo Ramos turut meledak hatrik.

Ronaldo hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki 17 minit.

Santos turut menegaskan meletakkan Ronaldo di bangku simpanan adalah sebahagian daripada taktikal pasukan.

Artikel Berkaitan: