Lima diberkas judi Piala Dunia

Antara individu yang ditahan polis menerusi Op Soga IX di sekitar daerah Klang Utara baru-baru ini.
Antara individu yang ditahan polis menerusi Op Soga IX di sekitar daerah Klang Utara baru-baru ini.
A
A
A

KLANG - Lima disyaki bookie dan kaki judi bola sepak Piala Dunia diberkas menerusi Op Soga IX di sini sejak 19 November lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, statistik setakat 6 Disember itu dijalankan bagi mengekang kegiatan perjudian dan pertaruhan khususnya di daerah Klang Utara bagi menangkap sindiket mahu pun bookie atau punter.

"Sepanjang tempoh itu, lima lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30an telah ditahan.

"Polis turut merampas komputer, modem, telefon bimbit, sekeping jadual perlawanan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 serta nilai had kredit dalam perisian mencecah RM200,000," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 6(3) akta yang sama.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya setelah siasatan lengkap untuk tujuan pendakwaan di mahkamah.

Tegasnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian, boleh salurkan maklumat di talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara 03-32902222.

Artikel Berkaitan: