[VIDEO] Cari Azam Baki hanya 'political soundbytes' - Rafizi

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
A
A
A


PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan 'mencari' Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki apabila PH mentadbir negara hanyalah merupakan 'political soundbytes'.

Jelas Menteri Ekonomi itu, apa yang dimaksudkan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu adalah kerajaan baharu perlu memberi keutamaan bagi memastikan suruhanjaya itu bebas dari sebarang campur tangan.

"Bukan sekadar Azam Baki...Kita perlu berhati-hati dengan apa yang dilakukan," katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Isnin.



Beliau berkata, semua pihak termasuk pegawai kanan kerajaan perlu berada di landasan yang tepat.

"Setiap tindakan perlu berlandaskan undang-undang. Ini adalah peringatan kepada semua," tegasnya.

Sebelum ini, dalam kempen PRU15, Rafizi dilapor mengugut Azam susulan syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd yang didakwanya diserbu SPRM.

"Esok (hari ini) kita jumpa di mahkamah, lusa (Jumaat) satu hari lagi kempen, Sabtu kita mengundi. Lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, Insya-ALLAH.

"Saya tahu Azam Baki tengok ni! Saya harap bila PH menang bila kami cari kamu, kamu jangan salahkan adik kamu sekali lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: