Dituduh tonton bola sekadar ‘Bangsa Final’
AKIBAT dituduh 'bangsa final' apabila hadir menonton perlawanan akhir AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil, malam tadi pelakon Ummi Nazeera tampil memberi penjelasan di Instagram (IG) miliknya.
"Ramai yang tulis bangsa final di IG Ummi dan kawan-kawan Ummi. Tolong tengok 'post' kami sebelum ini. Dan kalau betul pun ada yang datang untuk final sahaja. Apa salahnya.
"Kan bagus kita sama-sama memberi sokongan kepada Harimau Malaya," tulisnya.
Kata Ummi, jangan busuk hati bila tengok orang lain dapat lebih, bukankah dalam Islam kita diajar untuk mendoakan mereka yang dapat apa yang kita mahukan.
Dan malaikat aminkan doa kita sambil mendoakan yang sama buat yang mendoakan.
"Kami datang awal untuk dapatkan tempat duduk, jangan kata tempat duduk pun ditaja ya. Jam 4 petang sudah turun rumah untuk ke stadium. Hampir empat jam kami tunggu di stadium sebelum perlawanan bermula. Kami pun sama-sama susah juga. Sama sahaja," tulisnya lagi.
Luahnya lagi, dia melihat ada kalangan penyokong pasukan negara, membaling barang ke arah padang bila emosi, dan ia perkara yang menyedihkan dan memalukan.
Malah katanya, ada juga yang merokok satu baris dengan ibu mengandung dan turut menghisap vape sedangkan ia merupakan kawasan larangan.
Selain itu, kata Ummni, tiket yang diambil oleh penjaga pintu masuk tidak dikoyakan seolah-olah ia boleh dijual kembali.
Sebelum ini, sokongan Ummi Nazeera kepada pasukan Harimau Malaya dengan pergi menonton perlawanan akhir AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil semalam dipertikai netizen.
Ummi dituduh sebagai ‘bangsa final’ oleh netizen dan turut menurunkan komen ke akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Komen itu diturunkan di setiap fotonya ketika berada di stadium bersama suami, Mohd Izzar dan rakan artis lain seperti Diana Danielle, Lisa Surihani dan Mawar Rashid yang turut sama hadir di stadium semalam.
Pada mulanya, Ummi tertanya-tanya kepada netizen apakah ‘bangsa final’ yang mereka maksudkan sehinggalah dia memahaminya selepas salah seorang pengikut di IGnya menerangkannya.
Setelah memahami maksudnya, Ummi terus menemplak serta menafikan dirinya bukanlah ‘bangsa final’ yang mereka maksudkan kerana telah memberi sokongan awal terhadap pasukan bola sepak negara.
Bangsa final yang dimaksudkan netizen, adalah dari awal tidak nampak kelibat selebriti ini hadir ke stadium menyokong pasukan harimau malaya, tetapi apabila dapat masuk final, barulah muncul mereka-meraka ini.
Bagaimanapun ada juga netizen yang bersikap positif kerana bagi mereka tidak kisah apa jua yang dikatakan asalkan Ummi dan rakan artis lain tetap memberi sokongan.
"Apa bezanya sokong dahulu ke sekarang ke, masa perlawanan akhir ke... Hakikatnya kita ini semua rakyat Malaysia... Mestilah nak Malaysia jadi juara. Tak suka dengan komen orang yang cakap bangsa final," tulis gades_ain.
"Dari semalam tengok netizen komen dekat IG (Ummi). Kesian yang komen itu ada masalah hati. Tak kisahlah janji pergi menyokong, tak kisahlah awal atau akhir," tulis yana_reddy.
"Betul tak sepatutnya kita menggelar begitu, tidak kisahlah akhir baharu menyokong... Apa yang penting kita patut sama-sama tunjukkan semangat yang membara pada pasukan Malaysia... Ayuh bangkit," tulis nor_ianah.