Cameroon kejutkan Brazil, namun tersingkir

Aksi Cameroon ketika bertemu Brazil pada aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2002.
Aksi Cameroon ketika bertemu Brazil pada aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2002.
A
A
A

CAMEROON melakar kejutan apabila menewaskan juara lima kali, Brazil 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia Qatar 2002 pada Sabtu.

Bagaimanapun kemenangan menewaskan barisan kedua Brazil di Stadium Lusail itu belum cukup untuk membawa Cameroon ke pusingan kalah mati.

Cameroon menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat mata, dua mata di belakang Switzerland yang berjaya menewaskan Serbia 3-2.

Brazil muncul juara kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan dan akan bertemu Korea Selatan pada aksi 16 terbaik.

Babak pertama menyaksikan Brazil mendominasi permainan menerusi beberapa percubaan Gabriel Martinelli dan Antony, namun gagal menemui sasaran.

Selepas rehat, Cameroon mula menguji benteng Brazil menerusi Bryan Mbeumo, namun Ederson tangkas di gawang.

Brazil menerusi Martinelli turut mengancam gawang Cameroon dan hampir meledak, namun dinafikan Devis Epassy.

Ederson kemudian dipaksa bekerja keras untuk menafikan percubaan pemain Cameroon, Oliver Ntcham pada minit ke-78.

Artikel Berkaitan:

Di sebalik kebuntuan Brazil meledak, Cameroon memecah kebuntuan menerusi kapten mereka Vincent Aboubakar pada masa kecederaan.

Bagaimanapun keterujaanya membuka jersi membawa padah apabila dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.

Pada aksi itu juga, Dani Alves menjadi pemain tertua pernah mewakili Brazil di Piala Dunia lelaki pada usia 39 tahun.

Penampilan Alves memecahkan rekod rakan sepasukan, Thiago Silva yang turut beraksi pada edisi kali ini.

Namun, rekod itu masih dipegang Formiga yang beraksi untuk Piala Dunia Wanita 2019 pada usia 41 tahun.