Maghribi enggan berhenti setakat pusingan 16 terbaik

Walid Regragui diraikan pasukannya selepas mereka memenangi perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 kumpulan F antara Kanada dan Maghribi di Stadium Al Thumama di Doha, Qatar pada Khamis. - Foto EPA
Walid Regragui diraikan pasukannya selepas mereka memenangi perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 kumpulan F antara Kanada dan Maghribi di Stadium Al Thumama di Doha, Qatar pada Khamis. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Maghribi, Walid Regragui menjanjikan lebih banyak kejayaan bakal ditempa pasukan itu selepas mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022.

Menurutnya, pasukan kendaliannya itu mahu memastikan kemenangan seterusnya ketika berdepan Sepanyol sekali gus mencipta sejarah buat pasukan gergasi Afrika itu.

"Ia tidak mudah. Apabila anda mempunyai peluang untuk cipta sejarah, anda akan mengingatinya. Secara jujurnya separuh masa pertama adalah persembahan terbaik pasukan sejak sekian lama," katanya.

Maghribi mara ke peringkat seterusnya selepas membenam Kanada 2-1 sekali gus meletakkan mereka di kedudukan teratas kumpulan F.

Skuad yang terkenal dengan gelaran The Atlas Lions itu membuka tirai jaringan menerusi bintang sensasi mereka, Hakim Ziyech pada minit keempat sebelum Youssef En-Nesyri menggandakan jaringan pada minit ke-23.

Gol jaringan sendiri pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd pada minit ke-40 umpama memberikan sinar kepada Kanada, namun tiada jaringan tambahan tercipta untuk memastikan kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Ia sekali gus mengulangi pencapaian terbaik pasukan itu yang mara ke pusingan 16 terbaik kali terakhir pada 1986.

Dalam pada itu, dia turut memberikan penghargaan kepada para pemain yang menampilkan persembahan cemerlang sejak kempen Piala Dunia ini bermula.

Artikel Berkaitan:

"Kami bukan hanya datang untuk bermain dan mengatakan 'oh kami sudah hampir'. Sudah tentu kami mahu bermain permainan kami sendiri.

"Kami akan mengulangi persembahan baik kami pada separuh masa pertama. Dalam masa sama, kami juga perlu mendapatkan keputusan yang baik dan melakukan seperti yang dilakukan oleh semua pasukan Eropah atau Amerika Selatan, Argentina, Perancis. Kami perlu mencontohi mereka.

"Kami perlu meniru permainan pasukan Eropah dengan cara kami sendiri. Kami juga perlu mempunyai pendekatan taktikal gaya Eropah dengan identiti kami sendiri dan jika berjaya, pasukan akan menang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!