Dua lelaki 'gatal' ditahan cuba cabul pelancong

Pempengaruh dari Korea Selatan, Mhyochi yang diganggu lelaki India ketika bersiar-siar di Mumbai. - Agensi
Pempengaruh dari Korea Selatan, Mhyochi yang diganggu lelaki India ketika bersiar-siar di Mumbai. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Dua lelaki ditahan di Mumbai selepas cuba menculik seorang pempengaruh dari Korea Selatan semasa sedang melakukan siaran langsung di tengah-tengah bandar raya tersebut.

Semasa kejadian, Hyojeong Park juga dikenali sebagai Mhyochi dalam media sosial sedang bersiaran langsung ketika bersiar-siar sebelum didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba memeluk dan mencium pipinya.

Mhyochi yang mempunyai 12,000 pengikut dalam platform siaran langsung Twitch, kebiasannya memaparkan aktiviti bermain permainan video dan mencuba makanan.

Difahamkan dia berada di India selama beberapa minggu untuk merakamkan pengalamannya menerusi video blog secara langsung.

Namun, ketika Mhyochi sedang bersiar-siar pada malam Selasa di kejiranan Khar, Mumbai sambil berinteraksi dengan pengikutnya, dia didekati seorang lelaki yang cuba memegang tangan dan menariknya menaiki motosikal dengan lelaki lain sebelum cuba membuat aksi tidak sopan.

Ketika itu, Mhyochi kelihatan ketakutan dan cuba melarikan diri dari dua lelaki tersebut sebelum lelaki lain datang untuk membantunya.

Video itu juga menunjukkan pempengaruh tiba di hotel di mana dia mengakhiri rakaman siaran langsung menyatakan keadaan sudah terkawal.

Tidak lama selepas kejadian, polis India berjaya menahan lelaki tersebut dan didakwa mencabul. - Agensi

Artikel Berkaitan: