Lelaki tikam warga emas akibat cemburu didakwa esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang maut ditikam berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek berumur 51 tahun itu sebelum ini diberkas di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada Sabtu.

"Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kajang melibatkan pertuduhan kes kematian seorang lelaki warga emas dipercayai akibat cemburu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Jumaat lalu, seorang lelaki warga emas maut ditikam berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn di sini gara-gara didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Artikel Berkaitan: