Bintang tenis Britain terima anugerah MBE

Raducanu bergambar dengan pingat anugerah MBE untuk perkhidmatan kepada sukan selepas upacara di Istana Windsor. - Foto AFP
Raducanu bergambar dengan pingat anugerah MBE untuk perkhidmatan kepada sukan selepas upacara di Istana Windsor. - Foto AFP
A
A
A

BINTANG tenis Britain, Emma Raducanu menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE), pada Rabu setahun selepas menggemparkan dunia setelah muncul pemain kelayakan pertama memenangi Grand Slam.

Raducanu yang ketika itu berusia 18 tahun melonjakkan kariernya ke satu tahap baharu apabila memenangi 10 perlawanan tanpa kehilangan satu set untuk merebut gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pada perlawanan akhir itu, Raducanu menewaskan pemain Kanada, Leylah Fernandez, 6-4, 6-3 sekali gus memenangi hadiah wang tunai AS$2.5 juta (RM10.3 juta).

Untuk rekod, Raducanu yang menduduki ketika itu ranking ke-150 dunia, juga menjadi pemain wanita Britain pertama dalam tempoh 44 tahun memenangi mahkota Grand Slam.

“Ia amat bermakna untuk menerima penghormatan ini daripada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja. Saya berasa amat berterima kasih," kata pemain nombor 75 dunia itu selepas menerima MBE daripada Raja Charles pada majlis di Istana Windsor.

Artikel Berkaitan: