Van Gaal pertahan aksi skuad Belanda

Van Gaal - Foto EPA
Van Gaal - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Belanda, Louis van Gaal mempertahankan persembahan anak buahnya yang dikritik hebat selepas gagal mempamerkan aksi sebenar meskipun berjaya lolos ke peringkat kalah mati Piala Dunia Qatar 2022.

Menurut van Gaal, beliau berasakan anak buahnya sudah mempamerkan persembahan terbaik dan berjaya mara ke peringkat seterusnya dengan berbekalkan semangat positif di dalam pasukan ketika ini.

“Itu mengecewakan, tetapi saya tidak bersetuju dengan anda. Saya rasa mereka tidak bermain seteruk seperti yang anda katakan.

Kami berjaya mara ke peringkat yang seterusnya dan ia merupakan perkara yang penting dalam kejohanan ini.

“Kami melakukan apa yang perlu kami lakukan. Kami adalah pemenang kumpulan," kata Van Gaal pada sidang akhbar.

Sebelum ini, anak buah Louis van Gaal menamatkan saingan kumpulan dengan tujuh mata untuk berada di puncak Kumpulan A, manakala Senegal mengikuti jejak langkah mereka di pusingan kalah mati apabila muncul selaku naib juara selepas menewaskan Ecuador 2-1.

Belanda yang dikenali dengan julukan Oranje dijadualkan bertemu pasukan USA untuk menempah tempat ke suku akhir di Stadium Antarabangsa Khalifa, Sabtu ini.

Artikel Berkaitan: