Dua tonggak KL City tidak sertai kem latihan pusat Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan di Kem Latihan Pusat di Wisma FAM hari ini.
Skuad Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan di Kem Latihan Pusat di Wisma FAM hari ini.
A
A
A

DUA pemain Kuala Lumpur (KL) City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert tidak melaporkan diri pada hari pertama kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas mereka meminta pelepasan kerana urusan peribadi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihaknya menerima surat daripada KL City FC yang menyatakan kedua-dua pemain tersebut tidak dapat bersama Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Piala AFF 2022 bulan depan.

“Dengan ketiadaan Akram dan Declan, Harimau Malaya akan meneruskan kem latihan pusat kali ini dengan baki 28 pemain lain termasuk seorang pemain daripada senarai bersedia iaitu pemain pertahanan Selangor FC, Fazly Mazlan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Untuk rekod, seramai 17 pemain melaporkan diri pada Selasa, manakala baki 11 pemain akan menyertai pasukan secara berperingkat iaitu tujuh pemain Selangor FC dan dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 5 Disember.

Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim akan melaporkan diri pada 6 Disember selepas selesai menjalani kem latihan pusat bersama skuad B-23 kebangsaan, manakala pemain pertahanan FK Jablonec, Dion Cools pada 16 Disember.

Artikel Berkaitan: