Rumah hampir musnah gara-gara mesin basuh terbakar

Unit kuarters yang dilaporkan terbakar pada petang Selasa. - Foto JBPM
Unit kuarters yang dilaporkan terbakar pada petang Selasa. - Foto JBPM
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebuah unit kuarters di Presint 9 dekat sini dilaporkan terbakar pada petang Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Afizi Zolkifli berkata, unit yang terletak di aras 10 itu terbakar hampir 10 peratus.

"Sewaktu tiba di lokasi pada jam 2.29 petang, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati premis berkenaan berada dalam keadaan berkunci dan tiada penghuni semasa kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, PKO kemudiannya bertindak membuka pintu rumah dan mendapati kebakaran melibatkan mesin basuh yang diletakkan di bahagian beranda.

"Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kes diserahkan kepada bahagian penyiasatan kebakaran untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman berjaya diselesaikan pada jam 3.37 petang.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: