Pesara patah kaki motosikal rempuh buaya

Rossazali patah kaki kanan selepas merempuh seekor buaya dan dirawat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
Rossazali patah kaki kanan selepas merempuh seekor buaya dan dirawat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
A
A
A

BACHOK - Seorang pesara kerajaan patah kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya merempuh seekor buaya di Jalan Kampung Kubang Telaga di sini, pada Selasa.

Mangsa, Rossazali Abdullah, 61, yang merupakan bekas kakitangan kesihatan berkata, kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika dia dalam perjalanan dari arah Gunong ke Pasir Puteh.

Saya terkejut dan terpaksa merempuh reptilia yang berada di tengah jalan.

"Akibatnya, motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas ke dalam lopak air berhampiran," katanya.

Katanya, susulan kejadian itu dia dikejarkan ke Hospital Tengku Anis untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: